Tuesday, December 14, 2010

Wide Lens Camera Clover San

















Inilah kamera plastik yang paling mahal pernah saya beli. Dulu kamera plastik macam ni nak jual bawah RM50 pun takde sapa yang mahu. Kini harga Clover San sekitar RM 135 dan jika ianya dijual dikawasan pelancong seperti Central Market Kuala Lumpur boleh mencecah Rm 200. Kamera plastik ini direka oleh SuperHeadz Tokyo . Kamera ini terdiri dari berbagai warna dan boleh dilihat di Click Shop Malaysia. Walaubagaimanapun kamera ini masih lagi melihatkan kekurangannya . Kelemahannya terdapat pada kunci pembuka filem yang agak sukar jika seseorang itu berkuku pendek. Dari segi rekabentuknya agak simple dan menarik. Tempat pemutar filem yang diletakkan dibahagian bawah agak berbeza berbanding dengan kamera kamera filem yang ada. Ianya sama seperti kamera rangefinder Zeiss. Clover San menggunakan filem 135mm iaitu filem 35mm yang biasa dan masih mudah untuk didapati dikedai kedai gambar terpilih. Kamera ini menggunakan lens 22mm dan shutter 1/125.

.

No comments:

Post a Comment