Wednesday, December 29, 2010

Fuji Instax display kat ZAKKA

Pada 29 Disember 2010 saya menemani PP salah seorang peminat fotografi filem. Kami telah mengunjungi Click Shop yang berada di SS2. Sebuah rumah double story yang dijadikan premis perniagaan. Di dalam rumah ini terdapat satu lagi kedai PIPIT ZAKKA STORE yang berada ditingkat atas. Kedai ini  agak unik kerana menjual pelbagai hasil kraf. Kat sini juga ade jual pelbagai mainan nostalgia.....Yang bestnya kat sini ade tempat boleh baca magazine yang pelik pelik...Maaf ya..magazine tu tak dijual. Saya amat tertarik dengan cara mereka display fuji instax....(Tengok Gambar). Sungguh kreatif.....kira lah berapa kos satu fuji instax..RM 2.80..so kali lah dengan berapa yang ade.

.

Monday, December 27, 2010

Clover San dan Siti


White Clover San adalah kamera filem 35mm yang direka oleh Superheadz Tokyo.Kamera ini menggunakan lensa 22mm dan mempunyai shutter 1/125. Keunikkan kamera ini  ditandatanagni oleh Dato Siti Nurhaliza  penyanyi nombor satu negara Malaysia. Kamera edisi terhad ini milik filmrepublics.

White Clover San is 35mm camera design by Superheadz Tokyo. This camera using 22mm lens and shutter at 1/125. Uniq about this camera have signature by number one Malaysia popular singer Siti Nurhaliza. Filmrepublics own this limited edition camera.


.

Monday, December 20, 2010

BEG MENGKUANG

Hari ini ramai yang sudah melupakan barangan hasil dari mengkuang. Dahulu di kampung kampung tikar mengkuang digunakan sebagai alas untuk duduk. Kini dengan peredaran masa , tikar plastik telah mengambil alih fungsi tikar mengkuang . Produk berasaskan mengkuang bukan sahaja dibuat tikar malah dibuat tempat penyimpanan barang barang. Salah satu roduk mengkuang ialah beg. Ianya ada berbagai saiz dan saiz yang kecil  amat sesuai untuk digunakan sebagai tempat penyimpanan filem . Beg mengkuang ini boleh diperolehi  di Komplek Kraf Kuala Lumpur atau di kedai cenderamata terutamanya di airport.

.

Thursday, December 16, 2010

White LOMO LCA ( LOMO EDISI TERHAD )






LOMO LCA kebanyakannya berwarna hitam. LOMO telah mengeluarkan LOMO edisi terhad iaitu berwarna putih. Kamera kecil yang menggunakan filem 35mm ini hanya dihasilkan sebanyak seribu biji sahaja. Adalah sesuatu yang membanggakan apabila dapat memiliki LOMO edisi terhad ini. Ianya boleh ditempah di sesawang lomography.com .
.

Wednesday, December 15, 2010

The Most Expensive Film Camera in Auction

This is the most expensive film camera in auction. Nikon F3 Nasa price is 168,000 EUR , Leica 250GG is 180,000 EUR , Nikon S2-E Black Paint sold at 168,000 EUR and Leica MP2 Black paint sold at 402,000 EUR. The camera auction by Westlicht Photographica Auction in Austria.
So please keep your film camera because it will be valuable someday like LOMO LCA from RM50 ten years back now RM900 .
Kamera filem yang paling mahal dilelong ialah kamera Nikon F3 Nasa dengan harga 168,000 Euro, Leica 250GG pula dilelong dengan harga 180,000 Euro manakala Nikon S2-E Cat Hitam dijual dengan harga 168,000 Euro dan Leica MP2 adalah lelongan tertinggi dengan harga 402,000 Euro. Ianya dilelong oleh Pusat Lelongan Westlicht Photographica di Austria.
Oleh itu simpanlah kamera filem anda kerana harganya semakin meningkat seperti kamera LOMO LCA yang dulu harganya RM50 kini telah mencecah RM900 dipasaran.
.

Interior Berkonsepkan Hiasan Peralatan Fotografi









Hari ini berapa ramai yang sedar bahawa kamera filem kepunyaan datuk atau ayah mereka boleh dibuat hiasan yang menarik selain ianya boleh digunakan lagi. Saya amat tertarik dengan idea yang dikemukakan oleh photojojo.tumblr.com . Lihatlah betapa menariknya mereka menjadikan kamera filem sebagai bahan hiasan . Adakalanya kita sering melihat barang yang sudah ketinggalan teknologinya masih tidak berguna . Barang barang ini boleh dijadikan pelengkap hiasan jika kita tahu menyusun atur disudut rumah berbanding disimpan sahaja didalam almari. Saya teringat dulu dulu bila television hitam putih yang mempunyai tingkap dijadikan akuarium ikan yang sangat menarik. Television kini tak boleh dibuat akuarium kerana nipis dan tidak berseni...buat frame gambar bolehlah. Oleh itu jangan buang kamera lama anda..jadikannya hiasan.
.

Tuesday, December 14, 2010

Wide Lens Camera Clover San

















Inilah kamera plastik yang paling mahal pernah saya beli. Dulu kamera plastik macam ni nak jual bawah RM50 pun takde sapa yang mahu. Kini harga Clover San sekitar RM 135 dan jika ianya dijual dikawasan pelancong seperti Central Market Kuala Lumpur boleh mencecah Rm 200. Kamera plastik ini direka oleh SuperHeadz Tokyo . Kamera ini terdiri dari berbagai warna dan boleh dilihat di Click Shop Malaysia. Walaubagaimanapun kamera ini masih lagi melihatkan kekurangannya . Kelemahannya terdapat pada kunci pembuka filem yang agak sukar jika seseorang itu berkuku pendek. Dari segi rekabentuknya agak simple dan menarik. Tempat pemutar filem yang diletakkan dibahagian bawah agak berbeza berbanding dengan kamera kamera filem yang ada. Ianya sama seperti kamera rangefinder Zeiss. Clover San menggunakan filem 135mm iaitu filem 35mm yang biasa dan masih mudah untuk didapati dikedai kedai gambar terpilih. Kamera ini menggunakan lens 22mm dan shutter 1/125.

.

Sunday, December 5, 2010

Tali Kamera

CERIA & TAMBAH NILAI TALI KAMERA ANDA

Kebiasaanya tali kamera kelihatan membosankan. Hitam..itulah warna kebanyakkannya.
Bayangkan tali kamera voigtlander berwarna hitam berharga RM 120 . Untuk mengelakkan kebosanan pada tali kamera saya telah menambahkan motif dayak Sarawak padanya. Motif yang dibuat daripada sutera dan cotton ini agak sukar untuk diperolehi. Motif ini dihasilkan oleh penduduk di pendalaman Sarawak dan ianya mengambil masa empat jam perjalanan merentasi sungai dan rimba untuk sampai ke pekan terdekat. Motif ini dijual oleh badan NGO yang tidak mengambil keuntungan . Semua hasil jualan dipulangkan kepada pembuat motif tersebut.
.

Thursday, November 11, 2010

Gakkenflex


Gakkenflex is the plastik camera that need you to assemble it. This camera sold with Gakken Mook magazine. You can get this camera from book shop like kunikuniya at KLCC Malaysia.
This 35mm gakkenflek camera is copycat of 120mm Twin Lens Reflek ( TLR ) such Rollei. This camera plastic is categories as LOMO camera. Photography lovers must have this for their collection item.

.

Wednesday, November 10, 2010

My Gear

This is my gear that i bring everyday. For me camera is my diary. I responsible what i m shoot everyday. Fantasy and reality is 2 diffrent think. I love my photography is reality not fantasy.

Welcome to film photography world

Welcome to all the member of film republics . This blog about film photography in Malaysia. The group who love using film camera.